Tuesday, May 10, 2011

Rebonding tak jadi!

          Rebonding rmbut siapa lagi, rambut aku lah. Kes ni jadik time thun lepas. Masa tu kira aku desperate juga nk rebonding because dah rimas rambut dah start gembang . Aku g satu saloon ni, salon ni salon org melayu la. Ni first time buat rmbut kt salon melayu, sbb slame ni standard buat kt salon cina. Bg aku, time tuh tk kesah sbb anggap rebonding buat kat mana-mana pun, hasil die sme gak.
          Lama gilaaaa buat, standard la, kne sacrifice masa dan tenaga gak, 4 jam. rambut punye pasal, trpaksa jer la. Tapi, nk dicerita kan, time die iron rmbut aku tuh, die ayat cam tak betul, nampak tak iron setiap helain rambut aku. Nampak tak pro ahhhh, aku pikir positive...mungkin disebabkan kesan rambut aku yg dah rosah and pernah buat rebonding sebelum ni, membuatkan ianya sukar utk lurus kot. Aku biarkan jer.
          Dah siap, last2, dia iron balik, nampak tak jadi laaaaaaa! Hati aku je yg ckp. Then, aku tgk, dah ok la kut. Bila balik umah, aku tak puas hati. Dalam sejam jer, rambut aku kembang balik! Mak aku pun kate, ''kenapa rebonding rambut tak secantik cam buat dulu...?'' Aku kesedihan! Marah! Tak puas hati! Semua ade...

         Camni lah rambut aku time tuh, tak jadi kan rebonding tuh!


          Esok nye , aku kol manager die, cakap rebonding tak jadi, aku tak puas hati la ngn hasil kerja pekerja dia. Aku dtg kat salon die, manager die bodoh giler, muke langsung tak nmpak cam bersalah. Dia tak nampak ker, rambut aku camner??? Siap boleh tanya lagi, ''Rambut you sebelum buat ni , cam mana? rambut you kerinting sangat kotttt...'' Ayat cam celaka kan? Cam ni ke dia jalankan business, aku pon tak paham la. ''Rambut saya, cam ni la, tengok, ni la rambut saya yang asal'' Then, aku perli sikit... ''Dulu rambut saya lagi teruk dari ni, then dua thun lepas buat rebonding, elokk jer, ley tahan lebih setahun tau kak, yg skunk ni pun, tak macam dulu ha, tengok? Ade ker kerinting? Lurus jer, cume mengerbang tuh, ade laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...'' Geram nyer aku, kalo ley, nak jer sound.. ''EH,PEKERJA KAU TUH, TAK RETI BUAT LAH! BUKAN TAKAT TAK JADI RAMBUT AKU NI, SIAP  ROSAK, SIPA PATAH-PATH LAGI KAT AKAR RAMBUT AKU NII, THEN IRON PON SAMPAI LECUR KULIT PALE AKU NI, ADE LAHHHH! '' ''lAGI SATU, AKU HERAN, KO BELA PEKERJA KAU, TAK MARAH DOA DPN AKU, TUH MEMANG TRSANGAT LA BAGUS JAGA HATI ORG, TAPI, HATI CUSTOMER, TAK JAGA KER??? MEMANG TAK NAK UNTUNG ERKK?? '' Tapi, aku tak kejam, aku cakap elok-elok je ngn dia, walau rambut aku ni, dah teraniaya teruk..
          Ape la, duit, mmg dia tak kasik claim, aishhhhh. Manager dia buatkan rebonding balik kat rambut aku. Buat punye buat, rosak lahh rambut aku dek kerana chemical yg berlebihan,tub satu. Badan jenuh nak menunggu berejam-rejam tuh satu hal lain lak. Hati yg sakit camner? Sabar jer la, dugaan...
          So, rambut aku, dengan sedih nyer, aku boleh cakap, boleh tahan 2 hari jer. Yang aku sakit hati, ni aku nk kasi tahu, teruk giler la hasil kerja diorang.
          Cerita panjang-panjang mana pon, point aku satu jer, aku tak nak kauorang service langsung rambut kauorang kat kedai aku g ni, bukan ape, takut perkara yg sama berlaku. Well, tujuan aku ni, bukan lah nak menjatuhkan periuk nasi seseorang itu, tetapi, hanya untuk kebaikan semua jugak. Antara perkara2 yang tak bgus nye kat sane, pekerja dia, org indon, aku bukan nk tindas org indon, tapi dia langsung tak professional, nak sikat rambut aku pun, alahai...kalau sikat pun tak pas, camner, yelah, time iron and sikat  rambut aku tuh pun sangat tak betul. Kedua, org tu taru chemical kt rambut taruk skali kat akar rambut, sampai semua akar2 rambut aku patah! Siot gila kan? Then, manager dia pun sama, cakap ngn customer, sikit pun tak jaga hati, dah thu rosakkan rambut customer, leh pula nk suggets buat skali lagi . Kalu tak nak claim duit pun, bg la ganti ngn lain, treatment ker ape.. Sangat teruk punyer service apabila layanan yg diberikan tak memuaskan.
          Ha, mesti korang nk thu,kt mana kedai tuh kan? ha, yelah, aku kasi tahu, kdai tuh kat ampang, Nama kedai, Amore, ..Head to toe spa, tak silap aku camtuh la nama salon dia, Tapi nama ''Amore" tuh, tul la nama die. Ha, aku bukan nak jatuh kan business dia yer, cuma ni kes yang berlaku, untuk KEBAIKAN ORANG LAIN.