Wednesday, April 17, 2013

Jenis-jenis CINTA


Cinta mmg concept dia satu sahaja, tetapi munculnya cinta ada beberapa jenis. Today, aku nak share. Bukan idea aku, aku copy from my friend, 'Akashah :)
  • Eros
Ia adalah hubungan yang berdasarkan hubungan yang romantis, keghairahan dan cinta. Ia di label'limerence' iaitu di mana fikiran yang tidak sengaja wujud kesan dari tarikan seseorang yang mempunyai keinginan memiliki dan perasaannya dibalas.
Maksudnya, seseorang itu menerima cinta apabila dalam dirinya wujud fikiran ini, fikiran untuk membalas seseorang yang mempunyai perasaan padanya. Dalam hubungan ini, cinta menjadi objektif utama. Hubungan ini selalunya bermula dengan tarikan fizikal ataupun kecantikan wajah.

Contoh:
Yusry tertarik kepada Lisa kerana kecantikan wajahnya. Lalu Yusry memulakan langkah memikat Lisa. Apabila Yusry menyatakan mintanya pada Lisa, lalu wujud 'limence' dan Lisa pun sudi membalasnya.

  • Ludus
Hubungan ini adalah berdasarkan permainan. Hubungan ini boleh dikatakan sebagai tidak memberi komitmen atau 'open relationship'. Ia dikatakan tidak memberi komitmen kerana masing-masing atau salah seorang hanya menganggap hubungan ini adalah sementara atau persinggahan. Pembohongan adalah salah satu elemen dalam hubungan ini dimana berlaku ketidak jujuran. Mereka yang mengejar cinta dalam relationships ini mungkin dapat menjayakannya tetapi kekal untuk tidak memberi komitmen serius.

Contoh:
Mr Casa merupakan seorang lelaki yang gemar menemui ramai wanita dalam satu masa. Kemudian, dia tertarik pada wanita bernama Mary. Dia mungkin sudah jatuh hati pada Mary, namun dia tetap tidak memberikan komitmen dan 'stay open'  untuk bersama wanita lain. Hubungan ini selalunya berlaku pada salah satu player atau kedua-duanya adalah player dan playgirl. Contoh yang paling berjaya adalah dari filem Syurga Cinta lakonan Heliza dan Awal Asyaari.

  • Storge
Hubungan ini adalah hubungan yang bergerak perlahan, ia didasari persahabatan-cinta. Mereka yang terlibat dalam hubungan ini adalah mereka yang banyak meluangkan masa bersama, dalam pelbagai aktiviti. Persahabatan itu yang membuatkan mereka selesa di antara satu sama lain, dan sentiasa bergerak sealiran. Oleh kerana sudah lama mengenali, untuk bergerak ke peringat seterunya, perlu berlaku rasa 'ketidakhadiran' barulah masing-masing dapat merasai cinta di dalamnya.

Contoh:
Filem Kuch Kuch Hota Hai
Rahul dan Anjali adalah dua sahabat baik sejak dari hari pertama di kolej. Mereka begitu akrab sehingga banyak menghabiskan masa bersama dalam perlbagai aktiviti. Kehadiran Tina menyebabkan Anjalai sedar dia menyinyai Rahul tetapi Rahul fikir Tina adalah cinta sejatinya. Pemergian Anjali dari hidup Raul telah menyedarkan Rahul ruang istimewa yang diberi dalam hatinya pada Anjali

  • Pragma
Hubungan ini adalah berdasarkan kepada pragmatik* Pendirian, sifat, yang membawa kepentingan*, pratikal dan mempunyai maanfat kepada individu dalam hubungan ini. Mereka yang lebih mahukan hubungan berdasarkan jenis ini selalunya meletakkan keselamatan dan kemewahan sebagai elemen yang dicari. Ia juga berlaku pada hubungan yang ditentukan oleh ibu bapa.

Contohnya:
Filem I'm not Single
Maya dan Adam tidak begitu menyukai di anatra satu sama lain, kerna mereka dipaksa untuk berkhawin. Nenek Maya mahu Maya berkhawin dengan segera, sedangkan Maya sudah mempunyai teman lelaki ketika itu. Demi menuruti kehendak nenek dan ibu bapanya, Maya setuju untuk berkhawin. Ibu bapanya memilih Adam, kerana Adam adalah anak kenalan rapat mereka, dan Adam sudah berkerja. Disini, kita dapat melihat ibu bapa Maya memilih elemen keselamatan dimana Adam adalah seorang yang matang dan mampu menjaga anak gadis mereka.

  • Mania
Hubungan ini adalah cinta yang keterlaluan, obsessif atau posesif, cemburu dan melampau. Mereka yang terlibat dengan hubungan ini adalah mereka selalu bertindak di laur batasan, gila mahupun sesuatu yang bodoh. Mereka kan lakukan apa sahaja bagi 'menempias' perasaan mereka, termasuklah denganstalkingpsyco dan sebagainya.

Contoh:
Drama Nora Elena
Seth Tan merupakan seorang lelaki cina muslim yang tidak pernah mengamalkan cara kehidupan orang yang beriman. Pada saat beliau terlihat gadis Melayu bernama Nora Elena, seakan satu tarikan berlaku kepadanya. Di dorongi perasaan yang keterlaluan memiliki Nora, dia telah mengendap Nora untuk seketika waktu lalu bertindak merogol Nora dalam keadaan tidak sedar diri. Bertahun kemudian, apabila tunang Nora telah memutuskan pertunangan mereka, Seth Tan telah muncul dan menawarkan diri mengahwini Nora Elena.

  • Agape
Hubungan yang paling jarang dijumpai pada masa kini. Ia adalah cinta yang lembut, penyayang dan didalamnya individu tersebut hanya tahu memberi secara berterusan. Ia dilhat dari kasih sayang adik beradik atau keluarga, dan insan ini memberi bukan untuk kepentingan diri atau mengambil kira kepentinganya. Sebaliknya, ia bertujuan kepada individu yang di kasihi. Selaunya insan ini memilikikecenderungan untuk berfikir kebaikan orang laintanggungjawab dan pengorbanan.

Contoh:
Ia dapat dilihat pada drama-drama Korea ketika ini. Jika sifat ini diberikan pada lelaki, maka kebanyakkan dalam drama tersebut hero yang berpewatakkan sebegini akan kehilangan orang yang cintai kerana dia mengorbankan perasaanya utuk kebaikan gadis yang dicintai. Heroin Korea selalunya akan berpewatakkan begini, dan akan berlaku cinta tiga segi kerana ada dua lelaki yang jatuh hati kepadanya, dan heroin akan memilih lelaki yang bersifat egois sebagai teman hidupnya.

Ramai manusia di dunia ini bertemu jodoh dan cinta sejati dari dari 5 jenis relationship yang teratas, iaitu sebanyak 95%.  Cinta Agape adalah sangat jarang untuk dijumpai kerana individu ini biasanya akan dianggap kawan yang sangat baik. Drama adalah penceritaan yang tidak berpaksikan kepada realit secara jujuri, kerana itu anda kan lihat drama-drama Korea banyak bermain sketsa berdasarkan cinta Agape.

Keenam-enam cinta ini boleh menjadi cinta sejati dan hubungan yang membawa anda bertemu jodoh. Ia adalah ketentuan Illahi dan Allah lebih Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat, juga yang terbaik untuk sekalian makhluk.

'Akashah
30 Ramadan 1432 Hijrah

Ditujukan khas kepada mereka yang merasai cinta itu indah, mereka yang sedang bercinta, mereka yang sedang bahagia..;)

No comments: